Ika Nabella kini bergelar ibu

Selepas mengalami keguguran selepas setahun bernikah. Akhirnya selepas tiga tahun Ika Nabella selamat melahirkan cahaya mata sulung malam tadi.

Berkongsi berita gembira ini melalui laman Instagram miliknya. Ika memberitahu dia melahirkan anak lelakinya ini secara normal dengan berat 3.25 kg.

Alhamdulillah syukur Ya Allah My Little Warrior.” 

My Biological Son. 23rd October 2019 | Gleneagles KL, 3.25kg | Gentle Normal Delivery,” tulisnya.

Sementara itu rakan artis turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Ika dan suaminya, Muhammad Zaid.

Tahniah dari kami di TheNews, dan selamat datang ke dunia ibu bapa buat Ika dan suami.