Sissy Iman Terkena Renjatan Elektrik

Penyanyi Sissy Iman dikejarkan ke Hospital semalam kerana terkena renjatan elektrik ketika menggunakan penggulung rambut. Menerusi laporan portal Mstar ayah penyanyi ini Mohammad Kamil memberitahu, akibat daripada kejadian itu pergelangan tangan anaknya menjadi kebas dan lebam.

Jelas Mohammad Kamil, sebelum kejadian Sissy sepatutnya mempunyai penggambaran di Sepang. Disebabkan ketiadaan eletrik dikawasan sekitar penggambaran Sissy mengambil keputusan untuk mendandan rambutnya sendiri.

Bagaimanapun selepas empat jam dirawat di sebuah hospital Sissy dibenarkan pulang. Namun apa yang paling menyedihkan pada hari kejadian adalah ulang tahun kelahiran penyanyi ini yang ke 24.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Sissy memberitahu dia yakin ini adalah ujian dan ALLAH sedang memberitahu sesuatu buat dirinya.

Melalui perkongsian itu Sissy menerima banyak komen daripada rakan artis dan peminat yang mengharapkan dia segera sembuh.

Most Popular