Tiga bulan terlantar sakit, Ebit Lew mohon doa kesihatan bapa

PENDAKWAH bebas terkenal, Ebit Lew sememangnya terkenal dalam membantu orang lain tanpa mengira agama dan bangsa. Usaha beliau bukan sahaja disanjung rakyat tempatan, malah ia juga telah menjadi contoh di negara luar kerana jasanya.

Namun begitu, sejak beberapa hari yang lalu, Ebit Lew memuat naik gambar keadaan bapanya yang kurang sihat sejak kebelakangan ini di akaun Instagramnya dan difahamkan sudah tiga bulan keadaan kesihatan bapanya merosot.

Dalam postingan beliau, Ebit Lew juga sempat menceritakan pergorbanan bapanya yang gigih bekerja siang malam demi membahagiakan keluarga.

Video yang dikongsi oleh Ebit Lew di Instagram

Beliau juga berharap agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew supaya kembali sihat seperti sebelum ini kerana bapanya adalah salah satu sebab mengapa dirinya menjadi seperti orang yang seperti hari ini dan merupakan sumber kekuatan bagi diri Ebit Lew.

Sehubungan itu, perkongsian tersebut juga dipenuhi dengan komen yang rata-rata mendoakan agar bapa beliau diberi kesihatan yang baik dan ramai yang berharap agar bapanya segera sihat seperti sedia kala.

Dalam pada itu, mereka juga turut mendoakan agar segala urusan Ebit Lew sentiasa lancar dan mudah selain terus dimurahkan rezeki agar dapat terus berbakti kepada masyarakat.