Penantian Aidilfitri, Maher Zain lancar single setiap Jumaat

PENYANYI muzik kerohanian terkenal, Maher Zain baru-baru ini menyapa penggemarnya dengan buah tangan baru.

Beliau bakal melancarkan album mini berjudul ‘Nour Ala Nour’ yang akan memuatkan enam buah lagu. Apa yang menarik, Maher Zain akan melantunkan lagu yang cukup popular di Mesir sekitar tahun 1943 iaitu Ramadan Gana yang pernah dinyanyikan oleh Abdel Mottaleb.

Menurutnya, bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk melancarkan lagu baru dan Ramadan Gana sudah mula boleh didengar di Youtube dan platform streaming sejak awal April lalu.

Selain itu, Maher Zain juga akan ‘melepaskan’ satu per satu lagu dari album mini ini setiap Jumaat sehingga sehari sebelum hari pertama Syawal iaitu pada 12 Mei.

Katanya, “saya mahu membawa pendengar bersama melalui perjalanan yang saya telah mulakan sejak 10 tahun lalu. Dan bulan Ramadan yang penuh suci ini saya pilih sesuai dengan perjalanan batin saya selama ini”.

Sumber: Astro Gempak