Tidak Sekadar Akademik, Shira Mahu Anak Belajar Ilmu Kehidupan

KETERBUKAANNYA berkongsi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya, Airra Zulkifli yang mendapat 2A, 1B, 2C, 1D ternyata memberi inspirasi buat ibu bapa di luar sana.

Jika selalunya ibu bapa di luar sana hanya lebih senang berkongsi keputusan cemerlang tetapi bagi pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah dia mengamalkan cara yang berbeza dalam mendidik anak-anaknya.

Saya terbuka dengan anak, sebab saya banyak belajar dengan ibu saya sendiri. Antara nasihat yang diberikan dia adalah jangan samakan cara mendidik dahulu dan sekarang.”

Tetapi sebagai ibu kepada lima orang anak saya tidak nafikan akademik juga penting. Namun bukan itu sahaja yang saya tekankan sebab kita tahu dalam dunia sekarang ilmu kehidupan juga perlu diterapkan agar anak-anak kita mampu mengenal mana yang betul dan salah.”

Maksudnya belajar cara berbelanja, cara berkawan, kenal orang yang tikam belakang kita, perkara-perkara yang akan dilalui suatu hari nanti, ini antara ilmu yang saya terapkan juga kepada anak-anak,” katanya kepada The News.

Tidak malu untuk memberitahu anaknya bukan antara pelajar cemerlang. Bagi
Shahirah, 45, atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata buat masa ini dia lebih senang untuk mengikut keadaan.

Saya terangkan kepada Airra yang keputusannya ini tidak bagus dan dia perlu lakukan sesuatu. Tapi dalam keadaan ini saya juga akui perlu tahu kemampuan anak itu.

Mungkin nampak saya “sporting” jujurnya apa yang dilihat itu hanya 10% sahaja. Sebab sebagai ibu saya juga mempunya sisi tegas dan garang saya.”

Sebagai ibu bapa kita perlu bersedia dan membantu anak-anak kita bukan sahaja dari segi pelajaran tetapi bersedia dengan dunia sebenar bila sudah dewasa kelak,”katanya yang ditemui pada majlis ulangtahun ke 12 Suria FM sebentar tadi.”