Tiba-tiba menghilang, kemunculan semula aktres Shaolin Soccer jadi tumpuan

Pelakon wanita China, Zhao Wei yang terkenal menerusi lakonan filem Shaolin Soccer akhirnya membuat kemunculan semula selepas mengilangkan diri secara tiba-tiba sejak bulan lalu.

Zhao Wei yang juga dikatakan seorang wanita jutawan itu dikhabarkan telah ‘digam’ kerajaan China malah carian mengenai beliau di media sosial turut dilupuskan.

Ini termasuk tindakan kerajaan China mengharamkan Zhao Wei untuk muncul di kaca tv.

Bagi peminatnya di tanah air, kehilangan beliau sebelum ini telah mencetuskan kebimbangan ramai pihak malah turut tidak kelihatan di kawasan awam.

Zhao Wei akhirnya buat kemunculan semula.

Menurut laporan agensi media antarabangsa, sikapnya yang terlalu terbuka terhadap pandangan politik di China telah mencetuskan perasaan kurang senang terhadap kerajaannya.

Perkara itu juga termasuk tindakan pelakon itu yang sering kali tidak menjaga sensitiviti mengenai isu politik negaranya.

Bagaimanapun baru-baru ini, kemunculan semula pelakon itu di media sosial telah melegakan ramai pihak terutamanya bagi peminat beliau.

Sementara itu, China mendakwa tindakan yang diambil itu sebagai langkah untuk mengawal budaya pemujaan artis secara berlebihan.

Dalam pada itu, agensi pengurusan Zhao Wei, Pulin Saisi pula menyatakan pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.