Tersasul panggil sayang, Kak Lina Pom Pom buat PU Azman cuak ceduk ikan

PELAKON, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom memang terkenal sebagai seorang yang sangat ramah.

Tahun ini juga, memang murah rezeki Kak Lina Pom Pom kerana selain menjadi pengacara jemputan di program televisyen MeleTOP, dia juga mengendalikan sebuah rancangan memasak ‘Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom” bersempena Ramadan.

Baru-baru ini, dalam salah satu episod rancangan tersebut telah menjemput penceramah bebas, PU Azman.

Namun, apa yang membuatkan ramai penonton geli hati adalah apabila Kak Lina Pom Pom tersasul memanggil PU Azman dengan panggilan ‘sayang’ sewaktu memasak.

Sumber: Tiktok @radiotelevisyenmalaysia

Disebabkan terkejut, PU Azman terus ketawa kecil walaupun kelihatan cuak dan gementar semasa menyenduk ikan ke dalam pinggan untuk dihidang.

Sedar dengan kesilapannya, Kak Lina Pom Pom terus meminta maaf kepada penceramah berkenaan dan mengakui sudah tersasul.