Netizen tak puas hati Fikry Ibrahim bergurau tentang solat

TIDAK dinafikan, sudah menjadi kebiasaan orang ramai pada masa kini untuk melakukan pelbagai konten di media sosial bagi menarik perhatian orang ramai.

Namun begitu, sebagai seorang content creator ataupun selebriti, mereka perlu sedar sebelum memuat naik posting tentang beberapa konten yang sensitif dilakukan lebih lagi yang melibatkan agama, kaum dan sebagainya.

Semalam, pelakon Fikry Ibrahim telah memuat naik sebuah video Tiktok yang didakwa seakan-akan mempermainkan solat sunat terawih di Instagram miliknya sehingga meninggalkan pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Instagram @fikryibrahim

Ada di antara mereka yang tidak bersetuju dengan video Fikry itu dek kerana mereka merasakan solat bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipermainkan kerana dalam video tersebut menunjukkan Fikry hampir terlelap ketika menunaikan solat terawih di masjid.

Situasi yang ditunjukkan Fikry dalam video tersebut bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar, kerana ia boleh sahaja terjadi jika kita terlalu penat bekerja selepas seharian.

Antara komen yang ditulis oleh netizen

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang memahami situasi tersebut dan sempat berkongsi pengalaman dan nasib yang sama seperti Fikry. Isu terlelap ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dikawal. Apabila mental kita penat, secara tidak langsung badan kita akan turut lemah sekali.

Selain itu, jika dilihat dari sudut positif. Tindakan Fikry ini juga dapat memberi pengajaran kepada kita untuk menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Jadi, sebagai sesama umat Islam, janganlah kita terus mengecam tanpa berfikir daripada luar kotak.

Mungkin, selepas ini anda semua boleh merancang awal waktu untuk beribadah bagi mengelakkan terlelap. Lebih lagi untuk mereka yang sibuk, jangan sampai terlupa urusan yang wajib dek kesibukan kerja.