Tayang koleksi baju tidur khas untuk suami, Syatilla Melvin kongsi tips berguna untuk pasangan berumah tangga

PELAKON, Syatilla Melvin menarik perhatian ramai apabila berkongsi tips terbaik bagi pasangan yang berumah tangga dengan menayangkan koleksi baju tidur melalui Instagram.

Menurut ibu kepada dua anak ini, setiap isteri digalakkan untuk mempunyai baju tidur menarik istimewa untuk suami sebelum tidur.

“Isteri make sure ada BAJU MENARIK utk suami, tak perlu banyak janji adaaa. Kadang kita rasa benda tu terlalu mudah untuk difikirkan, tapi teramatlah besar kesannya kalau kita buat! percayalah…”, tulisnya menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Selain dari itu, menurutnya bagi wanita yang suka minum jamu, sudah pasti mereka sudah membuat persediaan lebih awal.

Di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikongsi isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu dan ada juga yang berpendapat, jika tiada baju ‘menarik’ cukup dengan pakaian dalam ‘sensasi’ pun boleh.

Wah! bukan main ya masing-masing!