Ini baru betul manusia ‘fake’! rupanya Reah Keem tidak pernah wujud di dunia nyata!

KOREA Selatan merupakan salah satu negara yang kini giat mengembangkan penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan sejak kebelakangan ini selebriti media sosial secara virtual AI, Reah Keem juga menjadi perbincangan orang ramai kerana ia kelihatan realistik.

Reah Keem adalah karakter AI yang dicipta dari grafik komputer dan dikembangkan lagi melalui LG Electronics. Apa yang lebih menarik, ia mampu melakukan pelbagai gerakan dan membuat ekspresi muka melalui teknologi ‘motion capture‘ sehingga nampak persis seperti seorang manusia.

Sehubungan itu, Reah Keem juga begitu aktif di Instagram sehingga mampu menarik perhatian pengguna di aplikasi berkenaan dan kini dia mempunyai lebih dari 11 ribu pengikut.

Selain itu, LG Electronics juga menjelaskan bahawa Reah berusia 23 tahun, mampu berbahasa Inggeris dan bekerja sebagai penyanyi, penulis lagu dan DJ.

Di samping itu, melalui profil Reah yang dikenali sama seperti manusia, dia sentiasa berkongsi gambar dan video persis selebriti media sosial lainnya seperti shopping, keluar berjalan, menjadi model majalah, berkongsi karya muzik di aplikasi Soundcloud dan sebagainya.

Wah memang unik betul! Ini baru betul manusia fake!