Dah lama ‘geram’, wanita tergamak siram air mendidih pada suami semasa tidur!

SEORANG wanita nekad menyiram air mendidih semasa suaminya sedang tidur.

Kejadian yang berlaku di Banten, Tangerang, Indonesia itu terjadi apabila si isteri, Suk, 31, dan suami, Sopan Sopian, 38, bertengkar kerana suaminya tidak pulang ke rumah selama dua hari.

Menurut laporan Tribun news, pabila pulang, Sopan hanya memberi nafkah sebanyak Rp 30 ribu (RM8.70) sehingga membuatkan Suk bengang.

Difahamkan, isteri mangsa sering merasa kecewa terhadap kelakuannya sebelum ini yang kerap menganiaya dan juga disebabkan faktor ekonomi.

Hal itu membuatkan isterinya terus ke dapur dan memasak air panas lalu menyiram air mendidih pada mangsa yang sedang tidur di sofa pada ketika itu.

Selepas menyiram air panas, si isteri keluar dari rumah sambil membawa tiga anaknya.

Sejurus itu, mangsa menjerit menahan sakit namun tidak ada yang datang membantu sehingga dia keluar sendiri untuk segera ke Pusat Kesihatan.

Semasa perjalanan, mangsa pengsan di di tengah jalan dan ketika itu barulah orang ramai datang membantu.

Mangsa mengalami luka melecur pada bahagian wajah, dada dan kaki. Kini, dia juga sudah dibawa ke rumah ibu bapanya untuk dirawat.

Dalam pada itu, pihak berkuasa telah berjumpa dengan Suk di rumah saudaranya dan menyimpan bukti iaitu teko berwarna putih yang digunakan untuk menyiram suaminya

Sementelahan masalah ini tidak dikira sebagai kekerasan rumah tangga kerana mereka tidak mempunyai buku nikah rasmi yang didaftarkan kerana perkahwinan mereka hanya dijalankan melalui istiadat sah disisi agama.