Tampil Jelita, Penampilan Baharu Zizie Izette Menarik Perhatian Ramai

KIAN jelita, penampilan terbaru pelakon Datin Seri Zizie Izette Abd Samad, 44, terus mencuri perhatian ramai yang kebanyakan memuji kecantikannya.

Zizie juga nampaknya cukup selesa dengan dirinya untuk terus kekal bergaya dari semasa ke semasa dan menjaga rapi penampilan sekarang, lapor Harian Metro.

“Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah saya dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal. Kalau tak suka, itu masalah kamu.

“Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan,” katanya.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin terbabit kelihatan berbeza dengan kesan mekap cukup menarik pada sebuah foto terkini.

Dia berkongsi penampilan terbarunya itu menerusi Instagram dengan menggayakan busana berona biru.

Menerusi tinjauan pada bahagian komen, ramai memuji kejelitaannya yang disifatkan cukup elegan.

Tidak ketinggalan, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri turut diterimanya.

“Suka sangat dengan warna rambut itu! Sangat elegan dan menawan. Sentiasa cantik dari dulu,” demikian antara komen pengikutnya.

Ibu kepada lima anak itu mencuri tumpuan ramai semula dengan kecantikannya sejak awal tahun ini meskipun tidak lagi mengenakan penutup rambut.

Sumber gambar & Sumber laporan – Harian Metro