Tampil Berhijab, Peminat Suka Imej Terbaru Aisyah Aziz

Tampil berhijab, imej terbaru Aisyah Aziz menarik perhatian peminat yang rata-rata memberi kata-kata positif kepadanya.

Menerusi satu video yang tular di Tiktok, Aisyah Aziz tampil berhijab ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Damai.  Menerusi video tersebut Aisyah tampil mengenakan tudung berwarna putih.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat berteka teki mengenai penampilannya itu.

“Is this her new style? Love her even more now!

“Sesuai gila dia pakai macam ni. Unik

“Please kekal pakai macam ni sumpah cantik,” antara komen peminat.

Penyanyi kelahiran Singapura itu juga ada memuat naik gambar bersama kumpulan Masdo di Instagramnya dengan imej kekal bertudung.