Hael Husaini jadi serigala! Sertai Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends

PENYANYI Hael Husaini akui teruja dapat bekerjasama menjayakan Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Dia setuju menerima tawaran itu kerana animasi itu sangat membantu pendidikan awal kanak-kanak terutama buat anak angkatnya, Nur Halena.

“Dalam konsert itu saya akan menjadi serigala animasi dan turut berpeluang menyanyi dan menerbitkan lagu.

“Impian untuk bekerjasama ini telah lama saya idamkan, Alhamdulilah ia tertunai akhirnya, katanya.

Siri animasi Didi & Friends merupakan animasi digemari kanak-kanak dan mendapat tontonan jutaan ramai menerusi platform digital.

Sumber: gempak