Sharifah Sakinah Menari Sambil Peluk Anjing

Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila berkongsi video menari sambil memeluk seekor anjing.

Perkongsian itu dimuatnaik Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menerusi Instagram Story miliknya.

Difahamkan, video tersebut diambil semasa Sakinah sedang bercuti di pulau peranginan terkenal, Bali, Indonesia. Tindakan Sakinah itu mendapat kritikan netizen apabila menganggap perbuatannya tidak sensitif sebagai seorang yang beragama Islam.