“Patik Belum Puas Nikmati Kasih Sayang Tuanku” – Sebak Baca Nukilan Kenit

Salah seorang kakitangan Istana Negara meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu hantaran di Tiktok yang mengundang rasa sebak netizen.

Kakitangan Istana Negara yang dikenali dengan nama manja Kenit meluahkan yang dirinya masih belum puas menikmati kasih sayang Raja Permaisuri dan menyayangi Raja Permaisuri seperti ibunya sendiri.

“Walaupun 5 tahun berlalu, Patik belum puas nikmati kasih sayang Tuanku. Sumpah patik menyayangi Tuanku sama seperti seorang Ibu, Tuanku juga mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat Patik.

“Patik akan sentiasa mengingati Tuanku sehingga akhir helaan nafas patik. Ampunkan patik kadangkala degil dan nakal sepanjang berkhidmat untuk Tuanku.

“Sesungguhnya patik belum siap berpisah. Patik harap Tuanku telah pun baca surat Cinta buat Tuanku yang hadir jauh dr lubuk hati patik.

“Semoga Tuanku berdua sihat selalu. Menjunjung Kurnia Tuanku. We Love You Tuanku. Ikhlas dari Patik KENIT,” luahnya.

Hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.