Shaheizy Sam tengah ‘syok’ jual kekasih lama

SEBELUM ini, pelakon Shaheizy Sam bukan sahaja sukses mencetak nama dalam dunia hiburan sebagai pelaku seni yang disegani. Malah, kini walaupun dirinya sudah melibatkan dalam bidang perniagaan, dia juga memastikan ia akan meninggalkan jejak yang sama.

Setelah terkenal dengan beberapa produk, Sam kini kembali mengukuhkan lagi perniagaannya dengan menceburi bidang berkait dengan pemakanan.

Apa yang menarik, kali ini Sam memilih Syoklat! SyokoTube sebagai bisnes baharu kerana beliau melihat potensi yang cukup besar dalam perniagaan coklat (SyokoTube) ini.

Beliau yang juga penggemar yang cintakan coklat merasakan ini adalah masa yang baik untuk membawa jenama SyokoTube by Syoklat! dengan lebih baik pada masa akan datang.

Tidak hanya itu, Sam juga percaya ramai di antara kita yang membesar dengan coklat dan ia adalah salah satu makanan kegemaran tanpa mengira usia.

Selain itu, jenama Syoklat! yang sudah menapak sejak bulan Oktober 2020 ini juga akan menjadi fokus barunya selepas memperlahankan rentak kerja dalam bidang seni sejak tahun 2015.

Menurut Sam lagi, salah satu impian yang disimpul menerusi perniagaan ini adalah untuk membantu usahawan di luar sekali gus menjana ekonomi mereka.

Syoklat juga kini boleh didapati dalam beberapa perisa seperti perisa buah Strawberi, Mangga dan Pisang. Sebelumnya, jenama ini juga pernah berkolaborasi dengan pasangan Johan dan Ozlynn menerusi perisa Hazelnut dan Butterscotch.