“Setiap kali sudah sayang, pasti dia tiba-tiba hilang” Zulin Aziz dedah kenapa asyik gagal bercinta

“Saya sendiri malu hendak bercerita soal
kahwin , tetapi memang saya mahu kahwin” itu luahan hati pengacara dan pelakon Zulin Aziz kepada The News Malaysia.

Katanya setiap kali dia mula menyayangi seorang lelaki perkara yang sama akan berlaku. Tambahnya selain akan ditinggalkan tanpa pesan perpisahan juga akan berlaku tanpa ada sebab.

Bingung dengan apa yang berlaku kata Zulin dia juga trauma dengan apa yang berlaku.

“Bukan kali pertama, setiap kali kenal seseorang, dia juga yang akan suarakan untuk berkahwin dan bila timbul rasa sayang tiba-tiba dia akan menjauhkan diri. Saya tidak tahu mengapa sebab selalunya memang tidak ada punca.

“Peliknya bila hilang rasa sayang saya, dia akan muncul kembali dan mahu bercinta balik. Tetapi jujurnya memang saya sudah tidak ada hati untuk ke arah itu,”katanya.

Tambah, Zulin memang ada ramai pihak yang meminta dia bertemu ustaz. Atas sekadar usaha dia turut melakukan perkara itu, namun jauh dalam sudut hatinya dia juga tidak mahu percaya kerana takut syirik.

“Ketika melakukan Umrah tahun lepas saya memang akan diusap kepala oleh wanita-wanita tua di sana dengan mengatakan saya sakit. Pelik juga apa yang mereka nampak sebab saya tidak rasa saya sakit.

“Memang saya ada bertemu beberapa orang pengamal perubatan tetapi dalam masa yang sama saya tidak mahu terlalu percaya soal ini kerana takut syirik,” katanya.

Sementara itu Zulin yang akan berangkat menunaikan umrah bulan hadapan turut berharap agar urusannya untuk bertemu jodoh dipermudahkan. Tambahnya di usia 31, apa yang diharapkan adalah untuk mempunyai sebuah keluarga.

“Saya sudah berusia 31 tahun, malah ibu saya sendiri memang mahu melihat saya menamatkan zaman bujang tahun ini.

“Ikutkan memang saya sendiri mahu bekeluarga diusia sekarang saya fikir bila mahu berkahwin dan mempunyai anak,” jelasnya.