Tayang Kereta Mewah, Shuib Dituduh Riak…

Bukan satu, tapi lebih daripada dua kereta mewah dipamer pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu di Instagram miliknya.

Perkara itu membuatkan netizen tertanya-tanya adakah ia milik suami kepada penyanyi, Sarah Raisuddin itu.

Bagaimanapun, perkara itu mengundang kecaman warganet apabila ramai beranggapan Shuib riak dan sengaja nak menunjuk-nunjuk kekayaan dimiliki.

Bukan niat saya mahu menunjuk-nunjuk. Tapi, saya berkongsi apa yang memang disukai.”

Kalau ada tidak suka atau selesa, jangan ‘follow‘ saya.”

Saya minat dan apabila minat saya berusaha serta bekerja keras. Apa yang saya buat adalah untuk memotivasi diri saya,” katanya.

Shuib juga menerima dengan terbuka cakap-cakap segelintir pihak mengatakan dirinya sudah bergelar jutawan.

Sebelum ini, orang kata saya sudah jutawan. Apa boleh dikatakan, saya Aamiinkan saja cakap-cakap orang.”

Cuma, apa boleh dikongsikan, apa saya ada sekarang memang berada pada tahap yang selesa,” katanya.

Antara gambar yang bertebaran di laman sosial ialah Shuib bersama koleksi kereta mewah seperti Mc laren 650s, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Challenger SRT.

Carian di laman web menunjukkan harga kereta berkenaan mencecah lebih jutaan ringgit mengikut pasaran.

Setiap perkongsi muat naik kereta itu turut mendapat reaksi rakan artis yang rapat dengannya seperti Nabil Ahmad dan Zizan Razak.