Syafinaz Selamat akui media sosial mainkan peranan penting

Memulakan kerjaya pada tahun 90-an, pada mulanya Datuk Syafinaz Selamat mengakui tidak melihat bagaimana pentingnya penggunaan laman sosial.

Bagaimanapun melihat bagaimana laman sosial kini mengawal industri muzik dunia, dia akhirnya akur akan kepentingan untuk sentiasa mempersiapkan diri dengan pengetahuan baharu.

“Saya akhirnya terpaksa setuju bagaimana media sosial memainkan peranan penting dalam dunia muzik kini. Saya dan kawan-kawan pernah mengatakan tidak memerlukan media sosial sebelum ini namum bila kita lihat balik ini bukan sekadar peluang tetap melalui media sosial kita juga membuat pernigaan,” katanya.

Namun sebagai seorang yang berpengalaman Syafinaz yakin ada bahagian laman sosial ini juga perlu difahaminya dalam mengelakkan salah guna.

“Mungkin dahulu bakat menjadi pertaruhan tetapi kini melalui laman sosial tidak semestinya untuk dikenali perlu ada semua itu.

“Tetapi untuk terus relevan kita perlu seiring dalam mendalami penggunaan laman sosial yang betul,” katanya.