Tok Ram buat kemunculan dalam filem Mat Bond Filem Malaya arahan Nabil

Selepas menggali ilmu dalam bidang penerbitan dan pengarahan drama kini Nabil Ahmad tidak menunggu lama dalam menerbitkan filem pertama produksi miliknya sendiri berjudul Mat Bond Filem Malaya.

Jelasnya selain menerbit dia juga turut menjadi pengarah untuk filem yang akan menemui penonton hujung tahun ini.

“Istimewanya filem ini kami membariskan ramai pelakon ternama seperti Naqiu, Elizabeth Tan dan ramai lagi. Malah apa yang lebih menarik bagaimana saya turut berjaya memujuk Datuk Ramli MS atau Tok Ram untuk berada dalam filem ini,” katanya.

Sementara itu bercakap mengenai filem ini. Kata Nabil dia sentiasa mahu melihat dunia penerbitan filem di negara ini berkembang maju dengan variasi filem Komedi yang menarik.

“Saya menonton banyak filem komedi, sebab saya sentiasa yakin dengan kemampuan filem di negara ini untuk pergi lebih jauh.

“Bercakap soal filem ini apa yang boleh saya janjikan bagaimana elemen jenaka yang digunakan akan berbeza dari filem lagi. Apa yang saya harapkan filem ini kelak dalam sokongan yang baik daripada peminat,” tambahnya.