Siti Nurhaliza kesal penyebaran poster konsert palsu

Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam memuatnaik satu poster konsert yang akan diadakan April depan.

Menjelaskan dia tidak ada kena mengena dengan penganjuran konsert yang dijadualkan berlansung di Universiti Malaysia Sabah itu, jelas Siti dia yakin poster itu adalah palsu untuk menperdayakan orang ramai.

“Perhatian. Saya tidak terbabit dengan acara ini dan juga tidak berada di tempat yang dinyatakan pada tarikh tersebut.

“Kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai hal ini, diminta supaya nama dan gambar saya tidak digunakan kerana saya tidak terbabit.

“Saya sangat berharap agar perkara palsu seperti ini tidak dibuat main-main oleh pihak terbabit,” tulisnya.

Selain Siti, gambar penyanyi lain seperti Amy Search, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Aweera dan Cakra Khan turut tertera di atas poster berkenaan.

Sementara itu turut menyokong konsert yang diadakan Siti sebagai palsu adalah Dayang Nurfaizah apabila turut meninggalkan komen dibawah muatnaik Siti tersebut.

“Yes palsu!!! Dayang tidak terlibat, tulisnya.