Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maradong, Bintangor itu berkata, keputusan yang diperolehnya itu mengatasi sasaran awal untuk mendapat 6A sahaja sebelum ini.

“Keputusan hari ini memang di luar dugaan saya. Saya bangga dengan pencapaian ini kerana dapat membuktikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, ia bukan alasan bagi saya untuk tidak berusaha dengan gigih,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

 

Siew Wei berkata, beliau memperuntukkan sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran bagi memahami apa yang telah dipelajari di sekolah.

“Saya perlu menggandakan usaha untuk belajar sendiri dan sering bertanya kepada guru jika ada perkara yang saya kurang faham, lagipun saya tidak boleh melihat dengan jelas apa yang ditulis di papan tulis semasa guru memberikan penerangan

“Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan,” ujarnya yang lebih gemar belajar pada waktu malam kerana suasana yang sunyi.

Sewaktu mula mengalami masalah penglihatan itu, beliau menyangka ia sekadar rabun biasa, namun setelah diperiksa oleh pakar perubatan, ternyata masalah rabun yang dialaminya itu telah berada pada tahap yang serius.

“Saya pernah menjalani pembedahan di kedua-dua mata namun masalah rabun itu masih berlaku. Pada mulanya sukar untuk diterima dan saya berasa sedih kerana memerlukan kanta pembesar untuk melihat dengan lebih jelas, namun saya akhirnya reda dengan keadaan saya yang begini,” katanya.

Jelas Siew Wei, dia bercita-cita menjadi seorang guru kerana mahu membantu murid senasib dengannya selain berbakti kepada bangsa dan negara.

“Saya mahu menjadi seorang pengajar dan akan memohon melanjutkan pelajaran di maktab perguruan bagi merealisasikan impian saya. Saya mahu memberi semangat kepada pelajar senasib supaya tidak berputus asa dengan kekurangan diri,” katanya. – BERNAMA

 

Most Popular

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...

Luahan hati isteri anggota PGA mati ditembak penyeludup runtun perasaan netizen – “Suami tinggalkan kami sebagai wira negara”

"KEMATIANNYA sangat menyedihkan, tapi saya berbangga kerana suami meninggalkan kami ketika bertugas untuk keamanan dan keselamatan negara, dia seorang wira," kata isteri...

Misteri ketukan pintu sudah menular ke Kuala Selangor?

MISTERI ketukan pintu tanpa salam yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kampung di daerah Sabak Bernam mula 'merebak' ke Tanjong Karang...