Selepas Ella, Kini Luna Maya Jadi Mangsa Penggodam Turki

Berita baharu yang kami terima dari Indonesia adalah kisah sedih yang berlaku ke atas selebriti terkenal negara itu Luna Maya.

Khabarnya saat ini akaun Instagram Luna yang mempunyai 23.6 juta pengikut sudah digodam oleh penggodam yang berasal dari Turki.

Melalui pemerhatian The News, penggodam ini adalah orang yang sama menggodam akaun Instagram milik penyanyi Ella beberapa bulan lalu.

Selain sudah memadamkan gambar profile Luna, penggodam ini juga turut berkongsi video kejayaannya di akaun tersebut.