Selepas Dapat Tempat Ke – 3, Bocey Mahu Berehat Seketika.

 
 

Selepas tamat nya Maha Raja Lawak Mega 2019, The News Malaysia sempat bertanya kepada pemenang tempat ke Tiga MLM2019 kumpulan Bocey. Kumpulan Bocey sebelum ini pernah menjadi juara MLM Sembayak dua kali. Pada Tahun 2016 dan 2017.

Bocey yang diangotai oleh Achey,Fad dan Abam yang mempunyai cara serta lawak yang bersahaja , namun pada MLM2019 ini kumpulan Bocey  tiada rezeki untuk menjadi juara MLM2019.

Kumpulan Bocey turut akui bahawa Juara MLM2019 kumpulan Puteh layak untuk menjadi juara, dalam waktu yang sama Achey salah sorang angota kumpulan Bocey berkata walau pun kami dapat tempat ke tiga namun kami berasa bersyukur kerana dapat ke peringkst Fainal pun dah cukup baik.

Katanya lagi mereka akan berehat dari meyertati sebarang pertandingan buat masa ini, Bagi angota kumpulan Bocey mereka mahu tumpu kan perhatian pada Perniagaan dan keluarga masing – masing.