Pembantu pelajar baling kerusi pada murid hingga kepala benjol ditahan polis

SEORANG pembantu pengurusan pelajar telah ditahan kerana didakwa membaling kerusi kayu kepada seorang murid perempuan berusia tujuh tahun sehingga mencederakan kepalanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam semasa sesi ulang kaji pada waktu malam di sekolah rendah di Nanga Nansang, Terkalit, Song pada Rabu.

Timbalan Ketua OCPD Song Rowney Michael Jalak pada Ahad berkata, suspek lelaki yang berusia 35 itu sedang mengawasi kelas dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol sewaktu kejadian.

Rowney berkata lelaki itu berang lalu melemparkan kerusi ke arah pelajar yang kemudian mengenai salah seorang daripadanya.

Menurutnya, mangsa mengalami benjolan di kepalanya, dan pulang ke rumah datuknya dua hari kemudian.

“Dia memberitahu datuknya (pengadu) selepas pulang dari asrama pada Jumaat,” katanya.

Rowney berkata pengadu kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Song untuk rawatan sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Berdasarkan maklumat, polis telah berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.  – Sumber Mstar

Most Popular

Hamilkan enam gadis sekali gus, ini kisah buaya darat sejati dari Nigeria

INI bukan babak dalam filem mahupun drama bersiri popular, sebaliknya kisah seorang buaya darat sebenar dari Nigeria. Seorang lelaki...

AirSial bakal mula operasi, banggakan warga Sialkot

SYARIKAT penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik koronavirus akan mula...

Lelaki nikahi dua wanita serentak – “Seperti dunia Ana yang punya!”

SEORANG lelaki didakwa menikahi dua wanita serentak dalam satu majlis persandingan di bandar Bangkalan, Madura, Indonesia hujung minggu lalu, lapor Kosmo!

Influencer berpakaian wanita mohon maaf, hanya salah faham

"SAYA masih waras dan belum hilang akal untuk berpakaian wanita di dalam program televisyen yang disiarkan secara langsung. "Namun,...