Pereka fesyen terkenal siapkan pakaian perlindungan buat petugas hospital

 

Dalam menyatakan sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital
Pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill mengambil tanggungjawab untuk menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan jururawat serta petugas.

Terpanggil membantu selepas melihat kepayahan para pertugas tersebut, Radzuan memberitahu , setiap hari beliau mampu menyiapkan 50 pasang jubah luar .

Sudah memulakan usaha ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tambahnya dia turut dibantu seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

Menerusi laporan Berita Harian, Setakat ini sudah lebih 200 pasang jubah disiapkan.

“Sehingga kini, lebih 200 pasang sudah disiapkan dan saya mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

“Saya juga berharap rakan (pereka fesyen) lain atau sesiapa saja dapat membantu menjahit PPE ini kerana saya difahamkan setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh mereka memerlukan 400 helai berikutan ia adalah pakai buang,” katanya ketika dihubungi BH.

Radzuan yang banyak menghasilkan rekaan untuk kenamaan dan songket untuk pemimpin dunia, berkata beliau sudah membelikan tiga gulung kain yang mempunyai kira-kira 3,000 meter material non-woven, untuk dijahit menjadi PPE.

“Material ini sama jenis yang digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air, seperti kertas dan plastik. Jadi setiap hari saya berhasil menyiapkan 50 pasang dengan jubah dibuat dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.

“Sayu melihat jururawat yang terpaksa menjahit sendiri sedangkan mereka tidak cukup rehat, kepenatan dan tugas itu bukan sepatutnya mereka lakukan. Jadi apa salahnya, saya guna kemahiran dan kepakaran membantu mereka,” katanya.

Radzuan berkata, ketika ini tiada masalah membeli material berkaitan tetapi agak sukar mendapatkan getah berikutan banyak kedai barangan jahit tutup selain keterbatasan bergerak.

“Cuma jika lebih ramai pereka dan tukang jahit dapat bersama melakukan projek ini, saya yakin lebih ramai dapat memberikan sumbangan untuk petugas barisan hadapan sekali gus meringankan kesukaran mereka memperoleh bekalan PPE mencukupi.

“Lagipun rekaannya ringkas dan tidak rumit hanya perlu pastikan material tidak terkoyak, jadi jika lebih ramai orang dapat menyumbangkan kemahiran dan kepakaran, lebih banyak hospital dapat kita bantu, apatah lagi tempoh PKP ini masih berbaki dua minggu,” katanya.