Perang Menu Malaysia dan British Dalam “East West Bake” di TV Okey

Siapakah yang lebih handal menyediakan hidangan versi negara masing-masing? Citarasa tempatan atau pun antarabangsa menjadi pilihan utama penonton? ‘Perang’ secara positif ini menyaksikan antara cef Malaysia, Norman Musa dengan cef Britain bernama Brian Mellor menggunakan sepenuhnya kreativiti dan kelebihan masing-masing dalam menyediakan menu terbaik dalam program terbaharu disiarkan RTM bertajuk “East West Bake” mulai 9 Januari ini, setiap Khamis, pukul 10.30 pagi ini di TV Okey.

13 episod rancangan masakan ini menjanjikan resepi yang unik, lazat dan berkhasiat yang popular di Malaysia dan Britain di beberapa lokasi di Britain. Semasa memasak mereka berkongsi maklumat, tip-tip berguna dan juga pengalaman mereka dalam dunia masakan. Beberapa buah lokasi menarik disekitar kawasan Chester di Britain seperti kawasan pantai, istana lama, air terjun dan lain-lain juga diselitkan dalam setiap episod program ini.

 

Berlatarkan pemandangan indah di Shropshire Union Canal yang terkenal dengan Llangollen dan Montgomery Canal, tiga resepi dimasak oleh Cef Norman dan Cef Brian iaitu Mini Meat Pie Maureen’s Minced Pies Butter Cookies.

 

Dalam episod berikutnya dua cef ini menghasilkan menu Bahulu Cake (Kuih Bahulu), Traditional Fruit Cake dan Traditional Victoria Sponge Cake. Menariknya ia disediakan ketika berada di Lyme Park dimana terdapat taman-taman dan tasik yang cantik serta rumah yang besar dan bersejarah.

 

Episod lima pula berkongsi penyediaan menu Sourdough Bread Nasi Lemak Open Sandwich made from Sourdough Bread Brioche dengan gambaran Chester City Wall yang merupakan sebuah tembok bersejarah yang dipelihara dengan baik.

 

Seterusnya Cef Norman dan Cef Brian mencuba menu Tapioca Pudding (Bingka Ubi) British Scones Kuih Bakar Kemboja ketika di Delamere Forest Park di Chesire, hutan yang dipelihara ini merupakan tempat yang popular dimana penduduk tempatan beriadah.

 

Lagi menarik mereka meluangkan masa berada di kawasan tanaman dan ternakan yang didapati disekeliling daerah Chester memasak Ayam Golek Sunday Roast Chicken Fusion Murtabak. Menyusul penyediaan menu Baked Rendang Duck British Roast Duck with Orange Sauce Baked Hoisin Duck berlatar pemandangan indah bangunan bersejarah Roman Amphitheatre di daerah Chesire.

 

Beberapa lokasi pilihan seterusnya adalah Anderton Boat Lift sebuah struktur bersejarah yang unik, “Old Dee Bridge” sebuah jambatan bersejarah, Ferry Cruise River Mersey” yang membawa penumpang mengeliling kawasan sekitar daerah Chester melalui sungai Mersey, “Sefton Park” (taman botanical bersejarah di Liverpool) dan “Stanley Palace”, sebuah istana bersejarah yang dibina dalam tahun 1591.

Resepi-resepi lain Roast Beef Yorkshire Pudding Beef Salad Roast Beef Stir Fry Nasi Goreng with Roast Beef, Fruit Tart Savoury Tart Vegetable and Cheese Tart, Baked Kerutup Lamb Lamb Chop Tagine Style Lamb, dan White Chocolate & Cranberry Cookies Coconut Cookies Traditional British Royal Butter Cookies Melting Moments.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

 

Most Popular

Faizal Azumu kini Menteri Besar Perak sementara

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan beliau kini kekal menjadi Menteri Besar Perak namun ia dibawah kerajaan sementara sehingga rombakan baru...

“Saya tak akan bubar DUN” – Ahmad Faizal

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menyembah...

Danial Zaini buat pengakuan jujur – “Video tular atas katil tu memang diri saya”

PELAWAK Danial Zaini akhirnya mengakui video tular di atas katil sambil menyanyikan sebuah lagu di laman Twitter adalah dirinya. Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27,...

MB Perak gagal peroleh majoriti, akan berlaku peralihan kuasa?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi usul undi percaya terhadapnya hari...