Peminat terkejut anak keluarkan perkataan “bodoh” kepada Zarina Zainuddin

Menjadi kebiasaan untuk pelakon Zarina Zainuddin berkongsi video teletah anak-anaknya di laman sosial. Malah tidak dinafikan anak-anak pelakon ini juga mempunyai peminat sendiri.

Namun video yang dimuat naik Zarina awal hari ini mendapat reaksi berbeza pengikutnya. Apabila dia merakam aksi salah seorang anaknya di dalam bilik mandi.

Video yang bedurasi kurang 2 minit itu memperlihatkan anaknya yang bernama Naim sedang berada di dalam bilik mandi.

Namun apa yang membuatkan pengikutnya terkejut apabila anaknya itu mengeluarkan perkataan “bodoh” kepada Zarina yang secara tiba-tiba membuka pintu bilik air.

 

Ada yang berpendapat mungkin anaknya itu mengeluarkan perkataan itu kerana terkejut selain beranggapan abangnya yang membuka pintu.

 

Walaupun adegan itu berlaku secara spontan namun ada yang merasakan perkataan itu tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang anak kepada ibu.

Namun ada pula yang melihat perbuatan Zarina itu sendiri sepatutnya tidak berlaku memandangkan anaknya itu berada didalam bilik air.

Sementara itu pemerhatian The News video tersebut sudahpun dikeluarkan Zarina dari laman sosialnya.