Gadis Mekar Sepanjang Tahun 2019- Mira Filzah

Instagram -Mira Filzah

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, telah merangkul anugerah Gadis Mekar Sepanjang Tahun, yang diberi penghargaan khas dari pihak Astro sempena konsert Throwbaek sebagai antara artis perempuan yang berjaya bagi tahun 2019, malam tadi.

Kemudian, The News juga sempat berjumpa Mira untuk temu ramah selepas sahaja dia menerima anugerah tersebut.

Mira turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila diumumkan anugerah tersebut.

“Alhamdulillah, Mira rasa bersyukur sangat. Lagipun saya sudah diberitahu akan terima ‘sesuatu’ sebab itu saya dijemput hadir. Saya pun tahu untuk anugerah seperti ini saya tercalon dan pemilihan juga berdasarkan kuasa pihak Astro.

“Syukur sangat , mereka nampak usaha dan menghargai kerja saya sepanjang tahun ini,” katanya kepada The News.

Sementara itu, ketika ditemu ramah, Mira turut berkata bahawa dia inginkan watak yang berlainan pada tahun 2020.

“Ya, saya memang ada terfikir dan berharap untuk tahun 2020 watak yang diberi ada kelainan. Dan watak yang ditawarkan mencabar diri saya sebab sudah pernah pegang watak perempuan yang lemah lembut, heroin, dianaiya dan yang lain.

“Jadi saya harap ada sesuatu yang memberikan perbezaan pada tahun akan datang dalam watak tersebut,” katanya lagi.

Tambah lagi, desas-desus mengatakan bahawa netizen mencabar dirinya membawa watak seorang ibu yang matang.

“Untuk saya memegang watak tersebut sebenarnya bergantung pada jalan cerita. Mungkin kalau watak Ibu kepada anak kecil sesuai sebab saya juga pernah memegang watak tersebut. Tetapi kalau watak ibu yang lebih matang memerlukan pada usia yang betul, sebab pada usia saya sekarang tidak sesuai,

“Mira rasa dari segi pemilihan watak itu sebenarnya diluar jangkaan. Kadang kita nak sesuatu tawaran datang itu berbeza tapi yang datang pula apa yang penonton minta dan apa yang pihak Astro mahukan.

“Jadi apa sahaja selepas ini, Saya akan cuba buat yang terbaik tidak kira sama atau tidak lakonan saya. Kita cuba perbaiki dan pelbagaikan lagi cara lakonan,” katanya.

Bagaimanapun, Mira turut berkata bahawa persediaan lakonan untuk tahun hadapan sudah bersedia.

“Untuk tahun 2020, sama ada pertengahan atau hujung tahun Januari, Insya Allah akan ada masuk drama baru dari pihak Astro juga dan ada sebuah filem serta drama pada hujung tahun 2020,” katanya.