“Memang Tak Ada Orang Panggil” ini Luahan dan Keadaan Wahid Senario

❝ Senyap Dari Dunia Hiburan ❞

Senario merupakan salah satu nama yang besar dalam industri komedi tanah air yang sering menghiburkan kita menerusi komedi santai mereka.

Sebelum wujudnya program komedi yang banyak seperti sekarang, Senario antara kumpulan pelawak yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Tampil dengan pelbagai rancangan dan filem komedi, penampilan bersahaja mereka mampu membuatkan peminat tidak kering gusi menonton.

Senario yang dahulunya dianggotai oleh Azlee, Mazlan, Saiful Apek, Wahid dan Yasin antara pelawak yang masih diingati sehingga kini.

Terbaru, ada beberapa keping gambar Wahid dengan imej ‘alim’ dalam satu majlis ilmu telah tular laman sosial media.

Justeru itu, ramai yang telah beranggapan bahawa pelawak tersebut sudah bersara dan berhijrah dari dunia seni tanahair.

Satu perkongsian yang telah di buat oleh Perak Gazette telah menjawab persoalan mengenai Wahid yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Senario itu.

Wahid turut mengulas, beliau memaklum memang dirinya sudah banyak menghabiskan masa di masjid, namun dia tidak pernah melupakan dunia hiburan.

Wahid yang kini menetap di Ipoh, Perak, dia mengakui kini jarang mendapat undangan apatah lagi keluar di kaca TV mungkin kerana tidak aktif dalam mempromosikan diri di sosial media.

Sering dijemput menjadi tetamu jemputan di majlis dakwwah, Wahid jelas selesa dengan kehidupannya sekarang. Namun, tidak menolak jika masih ada tawaran berlakon untuknya.

“Saya lakukan ini kerana mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam”.

“Saya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang Islam tapi saya tetap seperti dahulu, sedia menerima tawaran jika ada yang sudi”.

“Sebelum bersama TV3 lagi, saya sudah lakukan macam-macam perkara untuk mencari rezeki tapi mungkin Allah tetapkan periuk nasi saya dalam bidang hiburan, jadi saya teruskan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.”

Ujar Wahid lagi, dia jarang mendapat undangan untuk membuat persembahan apatah lagi setelah menetap di Ipoh.

“Memang tak ada orang panggil. Saya pun senyap saja, saya tak aktif dalam media sosial, apabila kita tak promosi, tak ada orang jemput”.

“Berlakon? Itu memang saya nantikan. Memang saya suka. Tahap umur begini bukan tahap suka-suka, saya nak sampaikan kebaikan,” katanya.

Keadaan Wahid Senario terkini

Menurutnya lagi, walaupun tidak lagi mempunyai pendapatan tetap seperti ketika bersama TV3 dahulu, dia tenang dan rasa seronok.

“Ada duit, tak ada duit tetap tenang, rezeki Allah. Cuma kalau bank call, memang rasa pening jugalah.

“Kalau ada jemputan, adalah pendapatan. Isteri saya banyak membantu,” katanya.

Bertanya mengenai hubungannya dengan anggota Senario yang lain, beliau berkata mereka masih saling berhubung antara satu sama lain melalui group WhatsApp.

“Kumpulan Senario tidak pernah berpecah. Hubungan kami masih macam dulu, cuma apabila masing-masing tinggal berjauhan, tak bolehlah selalu berjumpa seperti dulu”.

“Kali terakhir kami berjumpa pada 2016 atau 2017. InsyaAllah kami mungkin akan berjumpa semula tak lama”.

Semoga kumpulan ini kembali membuat persembahan seperti dulu dan kembali menghiburkan penonton dan peminat mereka.