Kemarin Kisah Akhir Anggota Seventeen

144
Kemarin The Movie

❝ Teaser Kemarin The Movie ❞

Press Conference Kemarin The Movie

 

Kejadian Tsunami pada Disember tahun lalu yang menyebabkan tiga anggota, kumpulan muzik Seventeen Herman,Bani dan Andi , meninggal dunia bakal menjadi intipati filem berjudul Kemarin.
 
Menurut Dendi Reynando Yang juga Pengurus Eksekutif Operasi Mahakarya Pictures, sebelum kejadian tsunami itu berlaku memang pihaknya sudah merancang untuk menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai perjalanan kumpulan muzik itu.

Bagaimanapun idea itu terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan anggota kumpulan itu agak sibuk dengam jemputan nyanyian ke seluruh Indonesia pada waktu itu.

Namun siapa sangka dua minggu selepas idea penerbitan filem itu disuarakan, tiga anggota bersama ratusan lagi nyawa termasuk pengurus, kru dan isteri kepada vokalis kumpulan itu turut terkorban akibat bencana alam tersebut.

Namun penemuan kamera milik pemain drum kumpulan itu, arwah Andi sebulan selepas kejadian tsunami itu membuka laluan berbeza buat filem ini.

Walaupun pada mulanya tiada niat untuk filem ini diteruskan, namum selepas melihat semua rakaman yang terdapat dalam kamera tersebut ramai pihak yakin untuk berkongsi perjalanan akhir tiga anggota kumpulan yang berasal dari Yogyakarta itu.

Baca juga:   Tok Ram buat kemunculan dalam filem Mat Bond Filem Malaya arahan Nabil

Difahamkan dalam rakaman tersebut turut terdapat kenangan akhir kumpulan ini membuat persembahan sehingga ketika kejadian tsunami berlaku.

Kemarin tidak sekadar akan bercerita mengenai perjalanan muzik Seventeen tetapi juga bagaimana ahli kumpulan ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam karier muzik mereka.Tidak ketinggalan juga apa yang berlaku pada Seventeen ketika dan setelah tsunami yang berlaku.

Sementara itu dalam kejadian tsunami itu hanya vokalis kumpulan ini Ifan atau Riefan Fajarsyah selamat kerana sempat berpaut pada kotak.