Lebih Banyak Pilihan Prabayar bagi Pelanggan NJOI Sepanjang Ramadan dan Raya

11

Pelanggan NJOI boleh menikmati 16 saluran ala carte dan 3 pek baharu sepanjang Ramadan dan Raya tahun ini. Pek nilai tambah ini termasuklah Pek Senyuman (Astro Ria dan Astro Warna), Pek Filem (HBO dan Cinemax) dan Pek Gaya Hidup (Asia Food Network, Food Network HD dan TLC), hanya pada harga RM30 untuk 30 hari bagi setiap pek.

Pek Senyuman istimewa hanya boleh diakses dari 1 Mei hingga 1 Julai 2020 sahaja. Terdapat pelbagai program khas bagi Ramadan dan Raya seperti Pung Pang Rizalman, The Cuba Show Edisi Puasa dan Empat Penjuru di Astro Ria, dan Seminggu Sekali, Sembang #DudukRumah bersama Dato’ AC Mizal dan KennotBrain di Astro Warna.

Terdapat pelbagai saluran prabayar baharu untuk memenuhi pelbagai minat dan genre penonton. Saluran prabayar ini berharga serendah RM7 untuk 3 hari bagi setiap saluran. Senarai saluran termasuklah:

·        Phoenix Chinese Channel (CH 318)

·        Phoenix InfoNews (CH 323)

·        One HD (CH 393)

·        Al Jazeera (CH 513)

 

·        Crime & Investigation (CH 714)

·        Comedy Central Asia HD (CH 717)

·        Discovery Asia (CH 533)

·        HGTV HD (CH 715)

 

Baca juga:   Aplikasi Google Meet Jadi Saksi Pertunangan Ayda Jebat

Mazhairul Jamaludin, Pengarah, NJOI & OTT berkata, “Sementara pelanggan kami menyesuaikan diri dengan berada di rumah selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, NJOI telah melihat peningkatan pendapatan prabayar harian kami. Antara saluran prabayar yang popular adalah Astro Citra, Astro Ria, Astro Ceria, Astro Warna, Boo serta Pek Filem dan Aneka. NJOI komited untuk menawarkan lebih banyak saluran prabayar baharu dengan nilai tambah, di samping memberi fleksibiliti yang lebih luas kepada pelanggan di mana mereka boleh memilih saluran dan jangka masa tontonan tersendiri.

Pelanggan NJOI boleh menambah dan membeli saluran prabayar dan pek melalui CH200, WhatsApp di talian 03 9543 8100, atas talian di NJOI atau dari peruncit sah NJOI. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang rasmi NJOI.