“Korang samakan aku dengan gayboy latino ni” – Ammar Alfian terkejut dituduh pelaku seks songsang

Kecoh sejak semalam apabila ramai yang mencari jawapan siapa disebalik laporan Harian Metro yang mengatakan seorang pelakon lelaki didakwa melakukan hubungan seks sejenis.

Malah video itu juga dikatakan sudah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Walaupun tiada nama yang dibangkitkan dalam mana-mana laporan sebelum ini namum netizen tidak menunggu lama untuk bertanya kesahihan itu kepada Ammar Alfian sendiri.

Berkongsi penjelasan di Instastory miliknya Ammar memberitahu dia terkejut bagaimana dia disamakan dengan pengguna laman sosial Stid Lopez yang dikatakan pelaku sebenar dalam video yang tular.

 

“Korang samakan aku dengan gayboy latino ni” tulisnya.

Sementara dalam perkongsian di Instagram Ammar turut menyamakan mereka yang mempercayai berita palsu ini dengan kambing.

“Orang yang percaya kepada berita palsu dan khabar angin boleh digelar kambing,” tulisnya.