Kongsi gambar tidak bertudung, pengikut Liyana Jasmay bertelagah di ruang komen

Pilihan berkongsi gambar tidak bertudung di Instagram membuatkan peminat pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay kini bertelagah di ruang komen laman sosial pelakon filem Papadom tersebut.

View this post on Instagram

In need of winter weather. #mababybehindmesocute

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada Liyana benar-benar sudah tidak bertudung atau itu sekadar gambar lama.

Namun pengikutnya di IG kini tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan pendapat masing- masing.

 

Walaupun ada yang agak terkilan dengan perkongsian gambar tidak bertudung itu namun apa juga peminatnya yang berharap apa yang dikongsi Liyana sekadar gambar lama.

Malah ada juga yang beranggapan apa juga pilihan Liyana tidak sepatutnya menjadi kesalahan memandangkan Liyana mempunyai hak untuk membuat pilihan.

Sementara itu tidak ketinggalan terdapat juga pengikutnya yang memilih untuk tidak lagi mengikuti perkembangannya di laman sosial itu sebagai tanda protes.

Liyana, bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap komen-komen yang ditinggalkan pengikutnya.