Konsert Khai Bahar di Istana Budaya pada Mac depan

Dipilih sendiri pihak Istana Budaya, ini merupakan antara penghargaan terbesar buat penyanyi muda Khai Bahar yang akan menjayakan Konsert Khai Bahar Dari Smule ke Pentas Dunia pada bulan Mac depan.

Berkongsi perasaan bagi Khai walaupun baru empat tahun berada dalam dunia seni namun itu tidak menyebabkan dia gugup untuk menerima cabaran buat kariernya ini.

“Ini adalah pengalaman baru buat saya dan menjadi penghargaan terbesar buat bakat muda seperti saya.

“Walaupun saya sedar, usia karier saya masih baru dan ini adalah cabaran besar buat saya, saya sahut kerana peluang ini tidak selalu datang,” katanya.

Bakal mendapat bimbingan seniwati Fauziah Ahmad Daud untuk menjayakan konsert sulungnya kata Khai lagi peluang ini antara yang tidak mahu dilepaskan dirinya.

“Kak Ogy adalah satu nama besar dalam industri dan pastinya menjadi impian semua anak seni untuk bekerjasama dengan beliau. Ketika dia mempelawa saya untuk mengadakan konsert ini, saya tak berfikir panjang dan terus terima.

“Kita semua sedia maklum mengenai ketegasannya. Namun, saya yakin, sikap tegasnya itulah yang membuatkan hasil kerjanya berkualiti dan setiap didikannya akan saya ambil sebagai pengalaman untuk memperbaiki kekurangan diri saya,” katanya.

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim… . Konsert solo saya, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia bakal berlangsung pada 27 & 28 Mac ini di Istana Budaya. . Tiket mulai dijual hari ini dengan harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold Seats, Meet & Greet). Pembelian boleh dibuat di www.airasiaredtix.com . Info lanjut berkenaan konsert ini akan diumumkan secara langsung di Live IG saya jam 3 petang ini. Don’t missed it! . Anda juga boleh follow IG rasmi konsert ini @konsertkhaibahar dan gunakan #konsertkhaibahar untuk segala info terkini. . Terima kasih pada Ogy Ventures & Network Sdn Bhd by @kak_ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan Istana Budaya atas kepercayaan ini. . Jumpa di sana! . @kak_ogy @hazelnartworkstudio @konsertkhaibahar . #konsertkhaibahar #khaibahar

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Sementara itu Konsert anjuran Ogy Ventures & Network Sdn Bhd itu akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada pada 27 dan 28 Mac di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Harga tiket yang bermula dengan harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold) boleh didapati melalui http://www.airasiaredtix.com.