Haiza, Sarah & Dafi bawa senyuman buat penduduk Pontian

Mengambil kira bulan Ramadan yang bakal menjelang
beberapa hari lagi dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga membuatkan beberapa artis di bawah naungan Indigital Music tampil menghulurkan bantuan kepada pihak memerlukan. Bagi Haiza Hanafi, Siti Sarah Raissuddin dan Dafi, mereka mengambil
kesempatan ini untuk sama-sama membantu menghulurkan bantuan kepada penduduk di sekitar Pontian yang terjejas mencari sumber pendapatan sejak sebulan yang lalu.
“Ini adalah tanggungjawab sosial saya untuk membantu mereka yang memerlukan. Ada orang mencari pendapatan dengan bergaji harian.

Jadi mereka mungkin mengalami kesukaran ketika ini. “Saya ambil inisiatif untuk memberikan keperluan asas kepada mereka yang terkesan dan setidaknya boleh menyambut Ramadan dengan tenang,” katanya
lagi. Program CSR diwakili Norwati Manan yang juga merupakan Pengawai Perhubungan Awam Indigital Music yang kebetulan berada di sana. Menariknya, dia tidak keseorangan sebaliknya mendapat kerjasama daripada
NGO Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Peduli Rakyat Marhaen yang sama-sama turun padang membantu.
Antara bahan keperluan yang diagihkan termasuklah beras, minyak masak, tepung, gula dan beberapa barangan lain lagi.
Fasa pertama agihan bantuan,

mereka menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan termasuklah Polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal kawasan tersebut