Array

Nikmati program menarik sepanjang Ramadan bersama ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN

Bulan Ramadan bakal diserikan dengan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, bermula 24 April 2020.

ERA: E-SALAM RAMADAN | TIPS SIHAT ERA

ERA menawarkan:

 

·        E-Salam Ramadan: Para peminat berpeluang untuk menyampaikan dedikasi Ramadan kepada ahli keluarga mahupun saudara mara melalui WhatsApp ERA dan dedikasi anda akan ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 27 April 2020.

·        Tips Sihat ERA: Perkongsian tips kesihatan dan senaman yang boleh dilakukan di rumah bersama jurulatih bertauliah agar para peminat ERA kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bermula 27 April 2020 melalui media sosial ERA.

SINAR: 1 HARI 1 DOA | KISAH RAMADAN

SINAR menyajikan program-program:

 

·        1 Hari 1 Doa: Para peminat boleh menghayati pilihan doa untuk diamalkan setiap hari bersama Ustaz Fauwaz, bermula 27 April, seperti yang akan dikongsi melalui siaran udara dan di media sosial SINAR.

·        Kisah Ramadan: Mulai 4 Mei, para peminat SINAR boleh berkongsi kisah-kisah menarik dalam menjalani ibadah puasa menerusi siaran udara dan di media sosial SINAR.

GEGAR: MADINAH RAMADAN GEGAR – ZAYAN | DIKIR RAMADAN GEGAR

GEGAR menampilkan:

   

·        Madinah Ramadan GEGAR – ZAYAN: Pengisian menarik tentang amalan di bulan Ramadan serta sesi soal jawab bersama tokoh agama dan penceramah jemputan pada setiap Selasa bermula 28 April, 9 malam melalui media sosial GEGAR dan ZAYAN.

·        Dikir Ramadan GEGAR: Perkongsian nasihat dan kisah tauladan berkonsep dikir barat oleh  oleh Sabri Yunus pada setiap Isnin dan Rabu, 5 petang bermula 27 April 2020 di udara dan media sosial GEGAR.

ZAYAN: ZAYAN VIRTUAL TERAWIKH | ZAYAN NGAJI RAMADAN | ZAYAN REVIEW RAMADAN

ZAYAN menyediakan tiga program iaitu:

     
  • ZAYAN Virtual Terawikh: Panduan solat terawikh bersama personaliti ZAYAN serta berselawat secara LIVE di media sosial yang diiringi sesi tazkirah selepas waktu terawikh, bermula 24 April di media sosial ZAYAN.
  • ZAYAN Ngaji Ramadan: Tadarus Al Quran bersama personaliti ZAYAN, ustaz-ustaz dan selebriti jemputan yang akan dimuat naik di media sosial ZAYAN bermula 24 April.
  • ZAYAN Review Ramadan: Personaliti ZAYAN memberi ulasan tentang resepi dan menu untuk berbuka puasa mahupun bersahur, setiap hari bermula 24 April melalui siaran udara dan di media sosial ZAYAN.

UNTUK MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM RAMADAN, IKUTI INSTAGRAM DAN LAYARI

         

syok.my

bm.syok.my

@era.je

era.je

@sinar_my

sinar.my

@gegar.my

gegar.my

@zayan.my

zayan.my

 

 

Most Popular

Bapa ingatkan Da’i Syed jangan perguna agama

SELEPAS nama anaknya viral dalam media sosial semalam kerana terlibat dengan dakwaan serius merogol seorang wanita, bapa kepada pendakwah muda Da’i Syed...

Nenek berumur 100 tahun mati terkejut ketika cuba diperkosa jiran

SEORANG lelaki di India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengakibatkan kematian seorang wanita berusia 100 tahun ketika dia cuba merogol mangsa,...

Buat kerja tak ‘clean’, langgar ‘roadblock’ tapi tercicir nombor pendaftaran. Akhirnya kena tangkap dalam ladang kelapa sawit

TINDAKAN seorang individu lelaki tempatan melanggar sekatan jalan raya di laluan keluar tol Damansara akhirnya berjaya dikesan apabila nombor pendaftaran kenderaannya tercicir...

Tiga peluru tembus badan anggota PGA – KPN

ANGGOTA Pasukan Gerakan Am yang mengalami kecederaan parah susulan insiden berbalas tembakan di sempadan dilapor stabil. Menurut Ketua Polis...