Geram dengan manusia suka ‘body shaming’, Nabila Huda “sekolahkan” individu mulut jahat!

MEMANG geram betul apabila seseorang memalukan kita dengan mengejek saiz badan, warna kulit, ketinggian dan sebagainya hanya kerana kita dilahirkan dalam rupa yang tidak terlalu tepat dengan standard kecantikan pada masa kini.

Terbaru, selebriti terkenal, Nabila Huda membuat perkongsian di Instagram mengenai mulut ‘puaka’ beberapa individu yang sering memberikan komen negatif tentang rupa dan tubuh seseorang berikutan ada yang menegurnya mengenai badan dan sebagainya.

Katanya melalui kapsyen di Instagram, “Saya bagi amaran keras kepada sesiapa yang suka banding pasal saiz badan ni. Seeloknya Berhenti! kalau taknak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga anda”.

“Saya boleh buat begitu sahaja tau! I cakap on behalf semua wanita dan lelaki yang lalui benda ni. Tak kira la macam mana rupa kita, rambut kita, kulit kita, bentuk badan kita, SETIAP ORANG CANTIK DENGAN CARA MASING-MASING! Berhenti membandingkan dan menilai! Semua itu tak baik tau!”, jelasnya lagi.

Dalam pada itu, dia juga sempat berseloroh dengan keyakinan dirinya sambil mengatakan dengan bangga bahawa dia anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search dan itu membuatkan ramai orang terhibur kerana ‘flex‘ Nabila Huda memang patut dicontohi.

Sehubungan itu, warganet dan beberapa rakan selebriti juga turut memberi kata-kata sokongan kepadanya supaya beliau kuat berhadapan dengan para pembenci.

Walau apa pun, anda diluar sana kena ingat pesan Nabila ini tau! Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan tanpa perlu terlalu mengikut standard kecantikan yang telah ditetapkan di luar sana.

Lagi pula, kini sudah pun masuk pertengahan 2021, cukup-cukup sudah menilai orang dan sedar sikit apakah kekurangan yang kita ada kerana kita hidup di dunia ini sementara sahaja… setuju tak?