Fazura dan Fattah Amin Bakal Timang Cahaya Mata

Setelah mendirikan rumahtangga selama 2 tahun lebih, Fazura dan Fattah Amin dengan rasa penuh kesyukuran ingin mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi!

Buat masa ini, Fazura mengakui dirinya dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. “Saya tidak pernah merasakan perasaan seperti ini dan ini merupakan antara anugerah terindah yang diberi oleh Allah S.W.T terhadap kami berdua. Semenjak kami mendirikan rumahtangga, kami sentiasa percaya dan menyerahkan kepada Yang Maha Esa terhadap apa jua rezeki atau dugaan yang diberikan oleh-Nya. Alhamdulillah akhirnya, berkat doa  kami, keluarga tersayang, rakan-rakan dan juga para peminat yang sentiasa tidak pernah putus mendoakan kami, akhirnya doa kami semua dimakbulkan.”

 

Sejak mendirikan rumahtangga bersama Fattah, Fazura sering berhadapan dengan persoalan tentang kehamilan dari para media dan juga peminat. Beliau juga pernah berjanji sekiranya dirinya hamil, peminat dan juga rakan-rakan merupakan antara yang pertama akan mengetahuinya, dan kini berita tersebut telah pun menjadi kenyataan!

 

Fazura berasa sangat bersyukur dengan kelancaran trimester pertama beliau. “Dalam kondisi yang kita semua sedang hadapi sekarang, saya kini sedang berehat di rumah. Alhamdulillah saya bersyukur tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk setakat ini dan saya sangat teruja untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.”

 

Pengarah Universal Music Malaysia, Kenny Ong, turut meluahkan rasa kegembiraan untuk pasangan bahagia itu. “Kami sudah menganggap Fazura dan Fattah seperti keluarga kami sendiri dan berita ini pastinya sangat dinantikan. Kami mengharapkan mereka berdua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan. Kami juga tidak sabar untuk meraikan kelahiran cahayamata pertama mereka,” katanya.

 

Fazura dan Fattah dijangka akan menyambut kelahiran bayi mereka pada akhir tahun ini.

 

 

 

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...