Eizlan Yusof Pilih Mualaf

Selepas lima tahun menduda pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof bakal bernikah pada 12 Disember depan.

Memilih seorang mualaf yang dikenali sejak empat tahun lalu, Eizlan memberitahu sikap penyayang dan kelakar Natasha Rosa Boudville membuatkan dia yakin untuk menyunting wanita berusia 29 tahun itu sebagai isteri.

Saya akan berkahwin pada 12 Disember depan, dengan seorang wanita berketurunan serani. “

Dia memeluk islam tahun lepas, jujurnya saya hanya melamar dia selepas dia memeluk Islam jadi tidak timbul dia masuk Islam sebab mahu berkahwin,” katanya pada majlis sidang akhbar sebentar tadi.

Sementara itu ditanya reaksi anak-anaknya, kata Eizlan sebagai seorang bapa dia mengambil kira pendapat anak-anaknya. Malah dia turut meminta keizinan ketiga-tiga anaknya sebelum membuat keputusan.

Pada mulanya memang saya tidak mempunyai perancangan untuk kembali berkahwin selepas menduda. Namun kehadirannya dalam kehidupan saya dan anak-anak membuatkan saya selesa.”

Selain disenangi anak-anak, apa yang boleh saya kongsikan dia adalah seorang rakan yang baik,” kongsinya.

Sementara itu majlis akad nikah pasangan ini akan berlansung pada 12 Disember ini sebelum diraikan pada majlis resepsi pada keesokkan harinya.

Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 sah bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.