Dulu Di Label Hodoh, Kini Bercinta Dengan Pelakon Kacak

YouTuber terkenal di Indonesia Rahmawati Kekeyi menjadi perhatian ramai ketika ini apabila membuat pengakuan sedang bercinta dengan pelakon kacak Rio Ramadhan .

Rahmawati Kekeyi & Rio Ramadhan

 

Rahmawati Kekeyi atau lebih dikenali sebagai Kekeyi memberitahu hubungannya dengan pelakon itu sudah berlansung selama dua bulan dan kini sedang mengecapi bahagia.

Tidak sekadar mengucapkan tahniah, ada diantara komen juga turut memuji Rio yang secara jelas cukup ikhlas dalam perhubungan ini.

Rahmawati Kekeyi & Rio Ramadhan

Sementara Kekeyi yang dikenali melalui tutorial solekan sebelum ini pernah berkongsi kisah dirinya yang sering dibuli. Kata Kekeyi selain diejek hodoh, gemok dia juga turut menjadi mangsa mereka yang sering memperlekehkan dirinya.

Tidak mahu terus berada di tahap yang sama, kekeyi mengambil keputusan untuk menjadikan medium media sosial sebagai tempat dia membuktikan diri. Kata wanita berusia 24 tahun ini dia yakin semua orang juga berhak untuk cantik.

Kekeyi mula menjadi perhatian apabila apabila dia mengguna belon menggantikan beauty blender. Selain masyarakat Indonesia, antara yang turut terkesan dengan kisah Kekeyi adalah golongan selebriti di sana.