Disangka dirasuk! Jeritan Sweet Qismina di GV bikin seram

Baru-baru ini, Syafiq Kyle ada berkongsikan filem lakonannya bergandingan bersama beberapa orang pelakon terkenal iaitu bertajuk Pusaka telah mendapat kutipan melebihi RM 2 juta setelah empat hari ditayangkan.

Syafiq Kyle salah satu pelakon filem PUSAKA

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian di program Gegar Vaganza baru-baru ini apabila Sweet Qismina menjerit ketika diperkenalkan oleh pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad. Sweet yang juga merupakan pelakon filem Pasuka disangkakan dirasuk sehingga membuatkan sekeliling terkejut.

Bagaimanapun, ianya diberitahu bahawa kejadian itu sekadar gimik namun jeritan Sweet sangat menjadi sehinggakan ramai dilihat terkejut.

Video ketika itu juga dikongsikan Astro Gempak dilaman Instagram sehinggakan ramai meninggalkan pelbagai maklum balas.

Pelakon filem Pusaka ini bagaimanapun bertindak meminta maaf kepada yang terkejut menerusi Instagram miliknya.

Rata-rata netizen di ruangan komen mengatakan mereka terkejut meskipun menonton menerusi kaca televisyen.

Sumber : Astro Gempak / Sweet Qismina