Akademi A Comel Program Realiti Terbaharu

Mencari kelainan dalam menerbitkan rancangan realiti. Jenama produk AS Legacy yang juga dimiliki selebriti laman sosial terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman melancarkan Akademi A Comel.

Jelas Aliff, Akademi A Comel mengumpulkan beberapa peserta yang mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat.

Tambahnya juga selain perlu menurunkan berat badan peserta juga perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pengikut di laman sosial sebagai syarat utama untuk kekal dalam pertandingan tersebut.

Menyediakan segala kelengkapan termasuk jurulatih dan pakar pemakanan yang akan memantau setiap aktiviti peserta. Jelas Aliff, pihaknya juga menyediakan hampir RM 300,000 untuk merealisasikan Akademi A Comel.

Setiap peserta diwajibkan membuat pemeriksaan doktor sebelum dibenarkan masuk ke dalam akademi ini.” 

Kami tidak mahu perkara yang tidak diingini memandangkan mereka akan melalui jadual latihan dan pemakanan yang ketat.” 

Kami mahu tunjukkan kepada mereka di luar sana bahawa bukan mudah untuk turunkan berat badan dan dalam program ini kami akan tunjukkan realiti sebenar apa yang mereka lalui,” katanya.

Sementara itu ditanya sama ada dia bersedia untuk menerima kecaman yang bakal diterima program ini kelak. Kata Aliff selepas beberapa tahun berada dalam industri ini dia sudah bersedia.

Saya tidak tahu apa yang akan saya terima melaui program ini. Tetapi saya sudah bersedia.” 

Sebab niat saya untuk membantu peserta ini mendapatkan badan yang mereka idamkan. Tetapi apa pun semuanya bergantung kepada diri mereka sendiri,” jelasnya.

Sementara itu pemenang utama program ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan beberapa produk AS Legacy.