Diberi Duit Untuk Tinggalkan Suami, Inul Tetap Setia

Pernah dirayu lelaki kaya untuk curang kepada suaminya, itu adalah antara cabaran yang dilalui penyanyi dangdut terkenal Indonesia,Inul Daratista.

Kata Inul kepada The News sebagai isteri kepada Adam Suseno selama 24 tahun, dia tidak pernah terlintas untuk memusnahkan rumah tangganya hanya kerana harta.

Jelasnya melalui kehidupan yang sukar kerana kemiskinan ketika kecil membuatkan dia sangat menghargai erti kesetiaan.

Memang ada yang menawarkan saya wang untuk meninggalkan suami saya dan berkahwin dengan dia.”

Bagi saya tidak mungkin perkara itu akan berlaku memandangkan impian saya ada untuk sehidup semati dengan suami saya.”

Adam adalah lelaki yang ada dengan saya ketika saya susah dan apa yang saya ada kini adalah hasil kami bersama. Jadi tidak mungkin saya akan lupakan apa yang kami lalui hanya kerana harta,” kata penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Goyang Inul ini.

Sementara ditanya sikapnya yang suka berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan. Kata penyanyi berusia 40 tahun ini, sebagai seorang yang pernah melalui kehidupan tanpa kemewahan membuatkan dia faham apa itu erti kesusahan.

Saya selalunya tidak suka kisah saya bersedekah menjadi kisah yang perlu dikongsi sebab ini adalah keperluan untuk kita membantu mereka yang memerlukan.”

Saya juga pernah susah, kehidupan waktu kecil yang mana hanya makan telur goreng di potong kecil-kecil bersama adik-adik yang lain membuat saya cukup menghargai apa yang saya ada kini,”

Inul kini juga akan berada di Malaysia setiap malam Jumaat sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2019.