Elizad Setuju Dengan Cadangan FINAS

Pelakon wanita Malaysia, Elizad Sharifuddin bersetuju dengan cadangan mengenai isu Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac dakwaan pelakon muda tidak perlu disolek watak tua.

Elizad juga berkata, tidak perlu pelakon muda ambil semua watak tua kerana pelakon veteran mampu lakonkan.

Kita juga perlu lihat dan utamakan generasi lama ini sebab apa lakonan mereka masih mantap bagi saya.”

Kita ada Wan Maimunah, Fauziah Nawi. Mereka ini tidak boleh dibiarkan macam itu,” katanya kepada The News.

Sementara itu, Elizad berkata bahawa pelakon veteran ini perlu diambil kerana itulah rezeki sampingan mereka dan mengekalkan posisi dalam dunia industri.

Tambah Elizad, beliau berkata bahawa pandangan terhadap pelakon baru lebih kepada ingin nampak ‘cantik’ apabila memegang watak sedih.

Kalau budak baru, kebanyakkan mereka nak cantik pakai bulu mata bila datang nak shooting.”

Bagi bagi saya kalau boleh jangan lah berbulu mata semua tu. Dapat watak sedih nak bulu mata nampak buat-buat bila diberi watak tersebut,” katanya ketika ditemu ramah.

Elizad turut berkata, pelakon muda harus banyak belajar dan tanya dari pelakon veteran cara menjiwai sesebuah watak.

Bagaimanapun, Elizad berharap agar pelakon FINAS dapat mengekalkan cadangan tersebut bagi pelakon veteran lebih berpeluang dalam dunia lakonan.