Cinta Farid, Diana Kekal Utuh

Ketika ini pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil kini kembali menjalani hukuman penjara sejak seminggu.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Khamis lalu selepas menolak rayuan Farid untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan dikenakan terhadapnya atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol.

Farid sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan, selepas suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu yang diperintahkan membela diri memilih untuk berdiam diri.

Namun yang menjadi perhatian kini tentunya isteri Farid sendiri, Diana Danielle. Sekali lagi akan berjauhan dengan suaminya dalam tempoh yang lama. November ini pasti menjadi antara bulan yang cukup mencabar buat dirinya sebagai isteri dan ibu.

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke tujuh pada 3 November dan hari lahirnya ke 28 pada 22 November lalu.

Menerusi tinjauan The News melalui laman sosialnya, Diana nampak cukup kuat melalui dugaan yang melanda dirinya ini.

Sementara itu menerusi ucapan ulang tahun perkahwinannya pada 10 November lalu,Diana tidak menyembunyikan betapa cintanya dia kepada Farid.

Menyifatkan Farid sebagai seorang yang ringkas, tetapi dalam masa yang sama dia mempunyai tenaga yang cukup banyak.

Malah sebagai isteri, kongsi Diana dia cukup berbangga dengan pencapaian suaminya itu malah mengaharapkan yang terbaik untuk filem terbaru Farid, Rempit 2.