[ Video ] ‘Berpesta’ Di Jalan Raya Rai Kertas Akhir SPM

355

MELAKA: Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal secara melulu.

Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.

Bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising, malah kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga menyebabkan pengguna lain terpaksa ‘beralah’ memberi laluan kepada mereka.

Selain merakam aksi-aksi ngeri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Hassan Basri Yahya ketika dihubungi Astro AWANI berkata, bertindak atas aduan, pihaknya mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar lepasan SPM itu atas pelbagai kesalahan.

Antaranya termasuk tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.

Jelasnya, kesemua kesalahan itu masing-masing 15 di Klebang dan dua di bandaraya Melaka.

Baca juga:   FINAS Lulus Permohonan Ahmad Idham Pendekkan Kontrak CEO