Biar Lambat Yang Penting Benar” – Atikah Suhaime Bercakap Soal Jodoh

Baru-baru ini pelakon Atikah Suhaime meraikan hari bahagia teman rapatnya, Shiela Abdul dan sempat menitipkan ucapan penuh bermakna buat sahabatnya itu.

Atikah telah memuat naik dua keping foto pasangan mempelai dan menerusi ruangan kapyen, dia mengucapkan tahniah kepada Shiela kerana telah bertemu dengan teman hidup yang sempurna.

Dalam pada itu dia sempat berpesan kepada diri sendiri, bahawa tidak mengapa jika jodoh lambat tiba asalkan betul.

Jodoh tu biar lambat, yang penting, benar. Dan awak telah bertemu dengan suami yang sangat sempurna. Alhamdullilah, tahniah ‘bestfriend’,” tulisnya.

Di ruangan komen, peminat Atikah turut mendoakan pelakon kesayangan mereka itu juga akan bertemu jodoh tidak lama lagi.

Atikah sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Awi Rafael selama satu tahun sebelum ikatan tersebut terlerai.

Sumber : Instagram @therealatikahsuhaime