Bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya.
Berkongsi wajah anaknya itu melalui laman sosial miliknya. Rihana turut memberitahu anak lelakinya itu kini berusia lima bulan.
“Hello nama saya Ismail Leon, saya berusia lima bulan.
“Dan ibu saya sangat menyayangi saya,” tulisnya di kapsyen.
Sumber : Instagram @rihanapetra
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan rata-ratanya bersetuju untuk memberitahu Ismail mempunyai wajah seiras Sultan Muhammad . Malah wajah comel itu juga dikatakan lebih berwajah Asia walaupun ibunya berasal dari Rusia.
Sementara menerusi temubual eksklusif Rihana bersama Dailymail bulan lalu dia mendedahkan sudah ditinggalkan suami sejak Disember tahun lalu.
Hanya mengetahui perceraianya melalui internet, Rihana turut merayu agar bekas suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Tidak cukup dengan itu Rihana turut meminta pampasan perceraian bernilai sebuah rumah agam di London bernilai RM 41 juta beserta nafkah bulanan bernilai RM 124 ribu.